Sunday, September 26, 2010

Larangan semasa ihram.

Larangan semasa ihram secara umumnya dibahagikan kepada 5 kategori saperti berikut:

  1. Pakaian.
  2. Wangian
  3. Kecantikan
  4. Alam sekitar
  5. Hubungan kelamin.

1. Pakaian.

1). Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum saperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari kaki dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.
(Larangan ini hanya melibatkan lelaki)

i) Seorang lelaki semasa ihram diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa dikenakan dam;

  • memakai kain pelikat dengan cara tidak disarungkan walaupon kain pelikat tersebut bercantum antara dua penjurunya dan berjahit atau memakai kain tuala.
  • memakai kain pelikat lepas yang tidak bercantum antara dua penjurunya walaupon ada corak.
  • memakai tali pinggang, cincin, jam tangan, cermin mata, beg galas dan gelang pengenalan haji dan gelang pengenalan pesakit.
  • memakai sepatu yang menampakkan jari-jari kaki dan mempunyai tali pengikat diatas urat keting yang menampakkan tumit.
  • menutup kaki dengan kain ihram.
  • menyemat pin antara dua hujung penjuru kain ihram sebelah bawah (dibahagian pinggang sahaja) tetapi tidak dibenarkan bagi kain ihram disebelah atas.
  • bercawat dengan kain ihram yang tidak bersambung dan berjahit.
  • memakai lampin pakai buang kerana hajat tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.

ii) Jika seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja, hendaklah dia menanggalkan pakaian tersebut dengan segera apabila dia ingat atau diperingatkan, dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam.

iii) Seorang lelaki yang berada dalam ihram beleh memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini jika ada keperluan, dia tidak berdosa, tetapi dikenakan dam. Saperti memakai knee guard.

2). Menutup kepala atau sebahagian daripadanya dengan mengunakan songkok, kopiag, serban, kain ihram dan sebagainya. (Larangan ini hanya melibatkan lelaki)

i) Seorang lelaki semasa ihram diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa dikenakan dam;

  • mengunakan payung
  • berteduh dibawah pokok
  • berteduh dibawah khemah.

ii) Jika seorang lelaki yang berada dalam ihram memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini secara terlupa atau tidak sengaja, hendaklah ia menangalkan pakaian itu dengan segera apabila ia ingat atau diperingatkan, dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demekian, maka dia berdosa dan dikenakan dam.


3) Menutup mata.
(larangan ini hanya melibatkan perempuan)

i) Jika seorang wanita yang berada dalam ihram menutup mukanya dengan kain tudung secara terlupa atau tidak sengaja, hendaklah ia menangalkan kain tersebut daripada mukanya dengan segera apabila dia ingat atau diperingatkan, dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Jika dia melengah-lengahkan dalam keadaan dia mampu berbuat demikian, maka dia berdosa dan dikenakan dam.

ii) Seorang perempuan yang berada dalam ihram dibrnarkan memakai mask untuk menutup hidung dan mulut kerana sesuatu keperluan. Dia tidak berdosa tetapidikenakan dam.

iii) Seorang wanita yang berada dalam ihram boleh menutup muka dan hidungnya dengan tangan untuk mengelakkan habuk masuk kedalam hidung dan mulutnya dan tidak dikenakan dam.

iv) Orang lelaki dibolehkan menutup mukanya semasa ihram kerana larangan ini hanya dikhususkan untuk wanita.

4) Memakai sarung tangan.
(Larangan ini melibatkan lelaki dan wanita)

i) Boleh memasukkan tangan kedalam beg plastik atau kantung kain.

ii) Boleh melindungi tangan disebalik kain tudung atau kain ihram.

0 comments:

Post a Comment